Penempatan Pegawai SPRM Di Agensi Luar

  1. Bagi memenuhi keperluan penubuhan Unit Integriti di sektor Awam dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK), Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelaras penempatan pegawai SPRM di Unit Integriti (UI) bagi Agensi Awam dan Unit Integriti & Governans / Integrity and Governance Unit (IGU) bagi Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK).
  2. Penempatan pegawai SPRM di UI dan IGU dilaksanakan melalui 2 kaedah iaitu:
    1. Kader - Jawatan yang diwujudkan di sesebuah kementerian/jabatan/Agensi di peringkat Persekutuan berdasarkan keperluan tetapi pengisiannya dibuat dan dikawal oleh Ketua Perkhidmatan berkenaan.
    2. Peminjaman - Pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan ke:
      1. Perkhidmatan awam Persekutuan ( Jawatan Terbuka)
      2. Perkhidmatan awam negeri /SUK Negeri
      3. Pihak Berkuasa Berkanun;
      4. Pihak Berkuasa Tempatan; atau
      5. Mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Bil. Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. PPj Noryanti binti Abd Aziz 03-88911676 noryanti
 2. Ps Nor Fariha binti Rosli 03-88911674 fariha

Untuk senarai pegawai, sila klik di sini

Hit : 4183
 
Perkhidmatan Pengurusan Integriti Agensi