Bahagian Keselamatan

Bahagian Keselamatan merupakan bahagian yang menyokong fungsi utama SPRM dalam aspek keselamatan perlindungan yang merangkumi keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi bagi memastikan SPRM dalam keadaan yang selamat daripada sebarang bentuk ancaman.

Visi
  • Memastikan aspek keselamatan di SPRM terpelihara
Misi
  • Menerajui usaha pembudayaan keselamatan di SPRM.
  • Menjadikan SPRM sebagai organisasi yang mengutamakan keselamatan melalui pematuhan undang-undang, arahan keselamatan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
Cawangan Keselamatan Fizikal, Peribadi, Dokumen dan Teknologi

    Bertanggungjawab mengurus keselamatan SPRM melalui kawalan keselamatan perlindungan yang merangkumi keselamatan fizikal, dokumen, peribadi dan teknologi dengan memastikan keselamatan bangunan, premis dan aset yang digunakan bagi mengurus perkara-perkara terperingkat atau sensitif sentiasa dalam keadaan selamat. Tugas cawangan ini ialah:

  • Pengurusan Pas Keselamatan untuk warga Ibu Pejabat SPRM
  • Pengurusan Kad Kuasa SPRM
  • Pengurusan kawalan dan penyimpanan anak-anak kunci pendua.
  • Pengurusan kawalan kunci tatakira, peti keselamatan dan bilik kebal.
  • Pengurusan tindakan kehilangan anak kunci Keselamatan.
  • Pengurusan permohonan pelantikan Pegawai Pengelas di bawah Seksyen 2B
  • Pengurusan Kawalan Dokumen Terperingkat
  • Pengurusan Perakuan Rahsia Rasmi
  • Pengurusan Profil Keselamatan / E-Vetting
  • Pengurusan Lawatan Keselamatan
Cawangan Pengiringan dan Perlindungan Saksi

Bertanggungjawab mengurus tugasan pengiringan keselamatan dan memberi perlindungan keselamatan peribadi serta bantuan perlindungan keselamatan ke atas operasi SPRM. Di antara tugas cawangan ini ialah:

  • Pengiringan Peribadi
  • Pengiringan Aset, Barang Kes dan Senjata Api
  • Pengiringan OKT
  • Pengurusan Keselamatan Pergerakan Saksi
  • Pengurusan Rondaan Kediaman Saksi
Cawangan Lokap

Menyelaras dan memantau aktiviti lokap SPRM agar dilaksanakan dengan efisien berdasarkan Arahan Keselamatan dan peraturan yang berkuatkuasa.

  • Pengurusan pengendalian lokap Ibu Pejabat/Negeri/Cawangan SPRM
  • Mengurus dan menyelaras pembangunan serta pewartaan lokap SPRM
  • Melaksanakan naziran lokap Negeri/Cawangan SPRM
  • Pengurusan tahanan lokap Ibu Pejabat SPRM
Cawangan Urus Setia dan Pengurusan Rekod

Bertanggungjawab terhadap pencapaian prestasi dan aktiviti Bahagian Keselamatan.

  • Merancang dan menyelaras dasar keselamatan dan perlindungan jabatan
  • Merangka dan mengurus pelaksanaan aktiviti bahagian
  • Merancang dan mengurus aspek latihan dan pembangunan sumber manusia dan organisasi
  • Menyelaras prestasi Outcome Based Budget (OBB) Bahagian Keselamatan
  • Bertindak sebagai Urusetia Jawatankuasa Keselamatan SPRM
  • Mengurus pendaftaran dan penyimpanan dokumen terperingkat
Cawangan Persenjataan

Bertanggungjawab mengurus bekalan, penyelenggaraan senjata api dan amunisi jabatan.

  • Mengurus keselamatan persenjataan SPRM
  • Melaksanakan naziran dan pemeriksaan fizikal senjata api SPRM
  • Melaksanakan ujian dan latihan menembak bagi warga SPRM
Cawangan Naziran

Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berhubung keselamatan perlindungan berdasarkan undang-undang, Arahan Keselamatan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

  • Mengurus keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi di SPRM
  • Mengurus dan menyelaras aspek kawalan keselamatan fizikal SPRM
  • Melaksanakan naziran keselamatan perlindungan ke atas semua bahagian di Ibu Pejabat SPRM dan SPRM Negeri.
  • Mengurus dan menyelaras pewartaan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (Akta 298) SPRM
  • Memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat daripada risiko yang berpunca daripada aktiviti kerja mahupun persekitarannya
Cawangan Pentadbiran

Bertanggungjawab menguruskan semua hal ehwal pengurusan sumber manusia, kewangan, aset, logistik, pentadbiran am dan rekod suratan bahagian

    Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

    Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian :

    Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
     1. Pegawai Perhubungan   03-8870 0039 ppk1
Hit : 2817
 

Warga SPRM