Pembangunan Kajian Integriti

Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam

Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai Public Service Corruption Ranking (PSCR) merupakan salah satu inisiatif pencegahan bertujuan untuk mengenal pasti tahap rasuah dan pelanggaran integriti di agensi awam berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan. Kajian ini menggunakan sepenuhnya pendekatan pengukuran secara objektif.

Pada tahun 2017, kajian PSCR hanya melibatkan 25 Kementerian Persekutuan sahaja. Tahun-tahun berikutnya skop kajian PSCR telah diperluaskan kepada Agensi Penguatkuasaan (termasuk SPRM), Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kajian PSCR tahun 2020 telah siap dilaksanakan pada bulan Oktober 2020 dan akan diedarkan kepada semua ketua agensi berkaitan. Setiap laporan hasil kajian akan disertakan dengan Penilaian Risk Area agensi mengikut sektor perolehan, pentadbiran, pelesenan dan penguatkuasaan. SPRM juga mengesyorkan intervensi yang bersesuaian kepada agensi awam yang dikaji melalui Unit Integriti agensi berkenaan.

Untuk pertanyaan lanjut, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Bil. Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. PPj. Wan Ahmad Nidzam bin Wan Omar
03-8891 1516
nidzam
 2. Pn. Nur Baiti binti Mohd Othman
03-8891 1687
nurbaiti
 3. PkPs Mohd Shaufi bin Shaharuddin 03-8891 1646 shaufi
Hit : 1483
 
Perkhidmatan Pengurusan Integriti Agensi