Pembangunan Dasar Integriti

Dijelaskan melalui pengurusan pembangunan dasar baharu atau penambahbaikan dasar yang sedia ada melalui penyediaan dasar, peraturan, arahan-arahan, tatacara, garis panduan, pelan strategik integriti dan lain-lain berkaitan dengan penginstitusian integriti untuk diguna pakai khususnya oleh Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Unit Integriti (UI) Agensi Awam dan Unit Integriti & Governans (IGU) Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) di Kerajaan Persekutuan dan di Kerajaan Negeri.

Senarai dasar-dasar yang dibangunkan:

  1.  Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Versi 1.0 (2022) Ceraian SP.1.2.1 (dahulu dikenali Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013)
  2.  Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 1 No. 1 Tahun 2018 (YAB PM Siri 1, No 1/2018), Penubuhan Unit Integriti Dan Governans Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat-Syarikat Yang Dimiliki Oleh Kementerian Dan Agensi Kerajaan Termasuk Di Bawah Kerajaan Negeri
  3.  Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti Agensi Awam
  4.  Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti Dan Governans
  5.  Tatacara Penempatan Dan Terma Rujukan Pegawai Khas Integriti (PKI) Di Pejabat Menteri Besar Dan Ketua Menteri
  6. “6 TOR” – Tatacara Fungsi Teras Unit Integriti Agensi Awam
          6.1 Tatacara Pelaksanaan Fungsi Pengurusan Aduan
          6.2 Tatacara Pelaksanaan Fungsi Pengesanan dan Pengesahan
          6.3 Tatacara Pelaksanaan Fungsi Pengukuhan Integriti
          6.4 Tatacara Pelaksanaan Fungsi Tadbir Urus
          6.5 Tatacara Pelaksanaan Fungsi Pematuhan
          6.6 Tatacara Pelaksanaan Fungsi Tatatertib 
  7.   Tatacara Pelaksanaan Fungsi Teras Unit Integriti dan Governans, Syarikat Berkepentingan Kerajaan
  8.  e-Book Koleksi Amalan Baik: Inisiatif Pencegahan Rasuah, Integriti Dan Tata Kelola, Unit Integriti Agensi Awam Edisi Tahun 2023.  Sila Klik di sini

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :

Bil. Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. PPj R.Malarvili a/p Ramachandran 03-8891 1673 rmalar


Hit : 8686
 
Perkhidmatan Pengurusan Integriti Agensi