Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) bertanggungjawab melaksanakan pelan tindakan perhubungan awam dan komunikasi yang strategik, tepat dan berkesan serta menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat dengan media massa, pemimpin-pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha meningkatkan keyakinan dan persepsi masyarakat terhadap SPRM. BKS berfungsi sebagai pusat rujukan setempat, saluran penyampaian maklumat dan komunikasi secara efektif secara luaran dan dalaman selain bertanggungjawab menyediakan latihan, khidmat nasihat komunikasi dan perhubungan awam berkaitan krisis semasa kepada semua Bahagian di Ibu Pejabat SPRM dan Negeri.
Peneraju strategik pengurusan reputasi dan imej korporat SPRM.
Memacu pengurusan isu efektif dan mempromosi inisiatif pencegahan rasuah dengan menggunakan setiap jaringan media secara proaktif, profesional dan holistik bagi penyebaran luas maklumat berimpak tinggi dan positif.
Informatif * Efektif * Holistik
Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini
Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian:
Bil | Nama | No Telefon | Emel (@sprm.gov.my) |
1. | Pegawai Perhubungan | 03-8870 0015 | ppm1 |