Bahagian Kecemerlangan Dan Profesionalisme

Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme merupakan hasrat kerajaan dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian sektor awam mencakupi penambahan dalam beberapa bidang yang melibatkan usaha-usaha mengurangkan birokrasi dan pengukuran prestasi. Selain itu ia juga selaras dengan keputusan kerajaan mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menubuhkan Unit Integriti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2013. SPRM melalui BCP telah ditugaskan menjalankan enam fungsi Unit Integriti selaras dengan pekeliling berkuatkuasa itu. laitu Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Pengesanan Dan Pengesahan (Siasatan), Urus Setia Tatatertib, Pematuhan dan Tadbir Urus Bidang tugas BCP.

1. Pengukuhan Integriti
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti kepada warga SPRM melalui pembangunan modal insan berintegriti dan memantapkan budaya berintegriti dan nilai-nilai murni;
  • Menyediakan dan memberi khidmat kaunseling kepada warga SPRM yang dikenalpasti atau kes rujukan.
2. Pengurusan Aduan
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan atau maklumat mengenai salah laku atau pelanggaran tatatertib bukan bersifat jenayah;
  • Menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM dan menyediakan Laporan Tahunan JKA.
3. Pengesanan dan Pengesahan
  • Mengesan dan mengesahkan aduan atau maklumat salah laku atau pelanggaran tatatertib bersifat jenayah dan bukan jenayah melibatkan warga SPRM. Sekiranya ada asas berlaku pelanggaran tatatertib atau salah laku akan dirujuk kepada Urus Setia Tatatertib untuk tindakan sewajarnya di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 atau tindakan pentadbiran yang lain;
  • Sekiranya ada asas berlaku kesalahan jenayah, maklumat akan dirujuk kepada Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM), Bahagian Pengurusan Rekod Dan Maklumat (BPRM) untuk tindakan lanjut.
4. Urus Setia Tatatertib
  • Menguruskan kertas prosiding tatatertib untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan;
  • Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Lembaga Tatatertib berkaitan dan menyediakan minit mesyuarat dan keputusan mesyuarat dimaklumkan atau diambil tindakan sewajarnya.
5. Pematuhan
  • Menjalankan naziran pematuhan melalui pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas pematuhan undang-undang, dasar, peraturan, perintah tetap Ketua Pesuruhjaya (PTKP), kod etika dan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa ke atas semua warga SPRM;
  • Melaporkan dan memberikan maklumbalas sebarang kelemahan, pelanggaran tatakelakuan dan ketidakpatuhan dasar, peraturan dan SOP kepada SPRM Bahagian atau Negeri berkenaan untuk tindakan pembetulan, penambahbaikan atau tindakan sewajarnya;
  • Menyediakan laporan kepada Urus Setia Tatatertib sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib atau salah laku oleh pegawai terlibat untuk tindakan sewajarnya.
  • Menjalankan kajian, penilaian dan mengemaskini keberkesanan dan pematuhan dasar, peraturan, PTKP dan SOP sedia ada;
  • Melaksanakan penilaian terhadap kefahaman dan kepatuhan ke atas dasar, peraturan dan SOP ditetapkan.
6. Tadbir Urus
  • Memastikan tadbir urus organisasi yang melibatkan isu integriti bagi membendung jenayah rasuah dan pelanggaran tatatertib dilaksanakan secara efektif.
  • Menerima pelaporan dan mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) dan pelaporan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) SPRM;
  • Mengkaji kelemahan dan penambahbaikan peraturan dan sistem dan prosedur bagi menutup peluang dan ruang berlaku jenayah rasuah dan pelanggaran tatatertib warga SPRM.

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian:

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pegawai Perhubungan 03-8890 1776 ppp1
Hit : 2559
 

Warga SPRM