Bahagian Pengurusan Integriti Agensi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM berperanan untuk mengawal selia, memantau menyelaras pengurusan integriti agensi melalui mekanisma pelaksanaan Unit Integriti (UI) di Agensi Awam dan Unit Integriti & Governans (IGU) di Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) serta tanggungjawab pihak yang terlibat bagi memastikan pematuhan terhadap Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Versi1.0 (2022) Ceraian SP.1.2.1 dan Arahan YAB PM No. 1 Tahun 2018 Siri 1 No. 1 tahun 2018 dengan melaksanakan fungsi berikut:

  1.  Mengurus dan melaksanakan sesi libat urus bersama UI dan IDU;
  2. Menguruskan dan melaksanakan sesi naziran ke atas pelaksanaan fungsi UI dan IGU;
  3. Menguruskan dan melaksanakan sesi intervensi berkaitan penubuhan dan pelaksanaan fungsi UI dan  IGU;
  4. Menyelaraskan, menyediakan dan menganalisa pelaporan pelaksanaan fungsi UI dan IGU;
  5. Melaksanakan penarafan risiko Agensi Awam dan SBK;
  6. Melaksanakan kajian keberkesanan pengurusan integriti agensi;
  7. Membangunkan dasar dan polisi pengurusan integriti agensi;
  8. Menguruskan penempatan pegawai SPRM di agensi luar;
  9. Mengurusetiakan mesyuarat pengurusan tertinggi SPRM dengan UI dan IGU; dan
  10. Menguruskan medium perkongsian integriti dalam mempertingkatkan pengurusan dan pelaksanaan integriti di Agensi Awam dan SBK

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian :

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pegawai Perhubungan 03-8891 1680 ppt1

Untuk melihat maklumat lanjut, sila klik disini
Hit : 26530