Mencerminkan kecemerlangan dan kegemilangan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan yang bebas rasuah, warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi. |
Melambangkan perjuangan yang paling berharga iaitu membanteras jenayah rasuah demi mencapai kejayaan yang tidak ternilai iaitu negara yang bebas rasuah. |
Bulan sabit mencerminkan agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara ini. Pengetahuan agama dan ketaqwaan dapat menghindar diri dari perbuatan rasuah. |
Melambangkan adil iaitu keadilan adalah salah satu daripada piagam pelanggan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam apa jua keputusan yang diambil tanpa mengira pangkat dan bangsa. |
Melambangkan kuasa yang dimiliki oleh pegawai-pegawai SPRM seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang Negara dalam melaksanakan tugas mencegah jenayah rasuah, sedia berjuang demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan cabaran, tetap mara ke hadapan. |
Mencerminkan amanah dan harmoni. Ini bermaksud bahawa di samping menguatkuasakan undang-undang, badan ini juga merangka dan melaksanakan kempen pencegahan rasuah melalui program penerangan, pendidikan dan perhubungan masyarakat. |
Melambangkan alat mempertahankan diri. Ia memberi maksud bahawa tugas risikan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan. |
Melambangkan kejituan dan kemantapan semangat yang padu dan perjuangan yang ampuh. |
Melambangkan kemajuan, kemakmuran dan kejayaan, dalam masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Segala aduan yang diterima akan dijalankan siasatan sewajarnya tanpa prasangka dengan amanah, tegas dan adil. |
Warna kelabu adalah warna neutral yang terletak di antara putih dan hitam, yang melambangkan kebebasan dan ketelusan SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah tanpa campur tangan mana-mana pihak. |
Melambangkan keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan segala tugas walau seribu rintangan dan cabaran tetap mara kehadapan. |
Melambangkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara walau terpaksa menumpahkan darah. |
Mencerminkan aktiviti pendidikan tentang rasuah dan kesan buruknya, merangkumi seluruh negeri di Malaysia. |
Melambangkan jiwa yang bersih dalam perjuangan yang suci menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. |
Melambangkan semangat mempertahankan pusaka bangsa dan khazanah negara agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. |