Ikrar Bebas Rasuah

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) mula diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2017. IBR memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang merupakan self declaration dibuat oleh pimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah sepanjang mereka memegang jawatan tersebut.

Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh warga organisasi dalam menandatangani Ikrar Bebas Rasuah membuktikan usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksklusif SPRM semata-mata. Perkara ini merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat, khususnya di kalangan warga yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan, bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Terdapat lima (5) prinsip dalam Ikrar Bebas Rasuah iaitu:
  1. Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang, peraturan, prosedur serta dasar-dasar negara yang berkaitan dengan pencegahan jenayah rasuah dan salah guna kuasa;
  2. Saya akan membenci dan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam mencegah sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa;
  3. Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan mana-mana pihak yang berurusan dengan …(nama jabatan)…;
  4. Saya akan memastikan kakitangan di bawah seliaan saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa dalam apa-apa jua urusan berkaitan dengan …(nama jabatan)…; dan
  5. Saya akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan seberapa segera, sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan di bawah seliaan saya.
Signifikan Perlaksanaan IBR
  1. Menjadi amaran dan peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah;
  2. Jaminan pimpinan organisasi kepada warganya, pemegang taruh dan pelanggan untuk mencegah jenayah rasuah;
  3. Penzahiran akujanji kepada komitmen individu dalam pembanterasan rasuah; dan
  4. Sebagai bukti bahawa organisasi telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah.

Untuk pertanyaan, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Bil. Nama  No. Telefon 
 1. PPj Mohamad Izam bin Abd Nasir (Sektor Kerajaan) +603-8891 1499
 2. PPPj Haslinda Binti Hamzah  (Sektor Swasta/GLC) +603-8891 1948
 3. PPj Kho Lee Yee (Sektor Sosiobudaya dan Politik) +603-8891 1928
Jadual di bawah menunjukkan jumlah organisasi menandatangani IBR yang disaksikan oleh SPRM daripada tahun 2017 sehingga kini.
Bil. Kategori Jumlah Organisasi
1. Kementerian 30
2. Jabatan 871
3. Negeri 394
4. Badan Berkanun 268
5. IPT / Institusi Pendidikan 142
6. GLC 159
7. Swasta 185
8. NGO dan Persatuan 84
9. Yayasan 14
Jumlah Keseluruhan 2,147

Kemaskini sehingga 30 April 2024

(Sumber data diperolehi daripada Seksyen Pemantauan dan Pelaporan, Bahagian Pendidikan Masyarakat)
Hit : 43408
 
Penandatangan Ikrar Bebas Rasuah