Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR)

Mesyuarat Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri berperanan :

  1. Menimbang dan menentukan dasar berhubung dengan pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan;
  2. Memantau dan menilai kecekapan pelaksanaan dan keberkesanan dasar, undang-undang, peraturan dan sistem prosedur bagi memantapkan governans, integriti dan anti-rasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan; dan
  3. Menimbang dan meluluskan cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli JKKMAR dan JAR Peringkat Kebangsaan berhubung pelaksanaan inisiatif dan tindakan penambahbaikan berkaitan pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah dalam pentadbiran Kerajaan.
  4. Urus Setia bersama bagi JKKMAR adalah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berperanan :

      1. Menyemak, menyelaraskan dan membentangkan maklum balas Mesyuarat JKKMAR;
      2. Menyelaras penyediaan dan menyemak kertas pertimbangan/ kertas konsep bagi tujuan pembentangan dalam Mesyuarat JKKMAR;
      3. Mengemukakan cadangan pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan daripada JAR Peringkat Kebangsaan untuk pertimbangan dan kelulusan JKKMAR; dan
      4. Mengemukan sebarang cadangan pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah kepada Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri melalui Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah nasional sekiranya terdapat isu-isu semasa yang memerlukan perhatian dan tindakan segera dan/ atau Mesyuarat JKKMAR tidak dapat bersidang dalam tempoh masa yang ditetapkan.
      Hit : 6844
       
      Perkhidmatan Urus Tadbir Sektor Awam