Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR)

    Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) adalah salah satu mekanisme di dalam Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Pemantapan Governans Integriti dan Anti-Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Kebangsaan. Objektif JAR adalah untuk :

    1. Meningkatkan komitmen Kerajaan dalam pembanterasan rasuah dan meningkatkan imej negara.
    2. Menjana sinergi dalam memastikan sistem pentadbiran Kerajaan dapat digerakkan dalam persekitaran sifar toleransi rasuah; dan
    3. Memperkukuh kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berteraskan prinsip ketelusan, akauntabiliti serta berdaya saing
      1. Terdapat 4 terma rujukan yang digunakan sebagai rujukan dalam Jawatankuasa ini iaitu :

        1. Dasar, Perundangan dan Peraturan
        2. Sistem dan Prosedur Kerja
        3. Pengukuhan Governans dan Integriti
        4. Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan
          1. Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) manakala mesyuarat di peringkat Kementerian, Kerajaan Negeri, Jabatan dan Agensi dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dan Ketua Jabatan dan Agensi. Mesyuarat ini dilaksanakan 3 kali dalam setahun.

              Buku Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 boleh dimuatnaik di pautan

Hit : 15824
 
Perkhidmatan Urus Tadbir Sektor Awam