Bahagian Pendidikan Masyarakat

Bahagian Pendidikan Masyarakat merupakan salah satu Bahagian yang sangat penting dalam SPRM bagi menjalankan fungsi dan peranannya mengikut Seksyen 7(f) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu mendidik orang ramai untuk menentang rasuah dan Seksyen 7(g) iaitu mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:


Program "Outreach"
Cawangan Kerajaan
  • Seksyen Kerajaan
  • Seksyen Agensi

Cawangan Swasta
  • Seksyen Swasta
  • Seksyen Syarikat Berkaitan Kerajaan

Cawangan Sosiobudaya dan Politik
  • Seksyen Sosiobudaya
  • Seksyen Politik

Pembangunan
Cawangan Pendidikan
  • Seksyen Pengajian Tinggi
  • Seksyen Sekolah

Cawangan Publisiti
  • Seksyen Media
  • Seksyen Promosi

Cawangan Sekretariat
  • Seksyen Pemantauan dan Pelaporan
  • Seksyen Pentadbiran dan Kewangan

Penyelidikan
Cawangan Penyelidikan
  • Seksyen Survei
  • Seksyen Pengurusan Data

Selaras dengan objektik program pendidikan masyarakat, bahagian ini diberi tanggungjawab untuk melaksanakan peranan dan fungsi berikut:

  1. Merangka, melaksana serta menyelaras program-program pembangunan insan melalui penerapan dan penghayatan amalan nilai-nilai murni dan etika kerja yang boleh menjadi benteng ketahanan individu daripada melakukan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;
  2. Merangka, melaksana serta menyelaras program-program perhubungan masyarakat bagi meningkat komitmen para pemimpin di semua sektor untuk menerajui usaha mencegah rasuah di jabatan atau organisasi masing-masing;
  3. Mendapat dan memelihara sokongan daripada pemimpin di semua sektor untuk memastikan agenda pencegahan rasuah dapat dijalankan secara komprehensif dan berkesan melalui penganjuran program secara usaha sama (smart partnership);
  4. Menghasilkan pelbagai bahan penerbitan media cetak dan media elektronik serta menggunakan pelbagai media massa, media tradisional dan media alternatif secara berkesan bagi penyebaran mesej antirasuah; dan
  5. Menjalankan penyelidikan dan kajian tentang tahap pengetahuan, nilai dan sikap orang ramai terhadap keberkesanan aktivitinya.

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian:

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
1. Pegawai Perhubungan
03-8891 1492 ppd1
Hit : 26926