Bengkel Pelan Strategik CISM 2020 – 2022 [ 07 Sep 2020 ]

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil telah merasmikan Bengkel Pelan Strategik Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) 2020 – 2022 pada 6 September 2019 di Best Western I-City Hotel, Shah Alam.

Turut hadir adalah ahli-ahli Meja Bulat CISM daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, BURSA Malaysia, Institut Integriti Malaysia, Transparency International Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta wakil-wakil daripada Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).

Bengkel ini telah menghasilkan deraf visi, misi, objektif Pelan Strategik rujukan anggota CISM serta hala tuju Pelan Strategik CISM 2020-2022 yang akan dibentangkan dalam mesyuarat CISM yang seterusnya.

Bengkel juga telah membincangkan keperluan menambahbaik peranan Portal CISM yang dibangunkan secara dalaman oleh SPRM dengan menjadikan Portal CISM sebagai Pusat Hentian Setempat untuk anggota CISM memberikan penerangan kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menandatangani CIP dan inisiatif-inisiatif lain yang ada di pasaran.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |