Kenyataan Media

Latheefa Beebi Koya Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan permohonan Dato' Sri Mohd. Shukri Abdull untuk memendekkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum kontrak tamat pada 17 Mei 2020.

Sehubungan itu, SPRM mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa Dato' Sri Mohd. Shukri dalam tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Dalam tempoh berkenaan, Dato' Sri Mohd Shukri telah berjaya memimpin SPRM dengan cemerlang termasuk menyelesaikan dua kes berprofail tinggi yang menjadi keutamaan beliau.

Warga SPRM akan terus memberi sokongan kepada Ketua Pesuruhjaya yang baharu berkuat kuasa 1 Jun 2019.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

4 JUN 2019

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |