Kenyataan Media

SPRM Dapat Izin Mendakwa Lim Guan Eng

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 7 Ogos 2020 (9 pagi)
Lokasi : Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kesalahan : Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tarikh : 10 Ogos 2020 (9 pagi)
Lokasi : Mahkamah Sesyen Pulau Pinang
Kesalahan : Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ini adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sementara itu, SPRM turut mendapat izin mendakwa daripada Peguam Negara untuk menuduh YB Lim Guan Eng bagi kes berlainan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 11 Ogos 2020 (9 pagi)
Lokasi : Mahkamah Sesyen Pulau Pinang
Kesalahan : Seksyen 23 Akta SPRM 2009

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

6 OGOS 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |