Kenyataan Media

Pertuduhan Rasuah Hasil Siasatan SPRM Berasaskan Maklumat, Bukti Sahih

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa semua siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan maklumat serta bukti-bukti sahih yang diperolehi oleh Suruhanjaya ini.

Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan dengan penemuan elemen-elemen kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 serta akta berkaitan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya.

Justeru, tohmahan oleh seorang bekas Menteri yang mengatakan SPRM sengaja mengada-adakan siasatan bagi tujuan pertuduhan untuk mencemarkan namanya adalah tidak benar sama sekali serta telah menjejaskan imej Suruhanjaya ini.

Setiap tindakan sama ada semasa proses siasatan atau selepas pertuduhan, ia telah dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan prinsip bebas, telus dan profesional serta tidak sesekali bertujuan menekan mana-mana individu tertentu atas faktor politik atau seumpamanya.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

11 MEI 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |