Berita Menarik

SPRM Sarawak Berkolaborasi Dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dalam Program Anti Rasuah Dan Pemerkasaan Penguatkuasaan & Pelesenan

KUCHING, 07 Ogos – Telah berlangsung Program Dialog Anti Rasuah Dan Pemerkasaan Penguatkuasaan & Pelesenan Bersama DBKU bertempat di Auditorium DBKU, Kuching Sarawak.

Program yang bertemakan “Let’s Break The Chain” ini telah dihadiri kira-kira 130 pegawai penguatkuasa dan pelesenan DBKU.  Antara objektif program ini adalah untuk memartabatkan imej agensi penguatkuasa dan pelesenan daripada persepsi dan stigma masyarakat terhadap Pihak Berkuasa Tempatan, khususnya di Negeri Sarawak.

Program dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu bertajuk “Akauntabiliti Penguatkuasaan & Pelesenan: Sejauh Manakah Ketelusan Kita?” yang disampaikan oleh TPj Mohd Zaki Bin Hassan, Pengarah SPRM Negeri Sarawak. Dalam sesi Perkongsian Ilmu tersebut banyak menekankan betapa pentingnya kerjasama strategik dalam usaha membanteras rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan melalui keterlibatan agensi-agensi lain.

Sesi “Kitak Tanyak, Kamek Jawab” oleh Pengarah SPRM Negeri Sarawak juga telah menyemarakkan lagi suasana program dengan soalan-soalan yang bernas daripada para peserta. 

Turut hadir dalam program ini adalah Tuan Haji Mohamed Khaidir bin Abang, Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).


Hit : 1748