Berita Pendidikan

Jabatan Audit Negara Perlis Komited Perangi Rasuah Melalui Lafaz dan Tandatangani IBR

KANGAR, 18 Jan – Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Perlis mengambil inisiatif bagi memartabatkan agenda pencegahan rasuah dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM Perlis hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Abd Aziz Che Daud, Pengarah JAN Perlis dan disaksikan oleh PKPj Suzeliyana Hashim Pengarah SPRM Perlis. Seramai 38 orang terdiri daripada Pengarah dan kakitangan JAN hadir bagi melafaz IBR. Inisiatif ini melambangkan kebersamaan warga JAN Perlis dalam menyokong usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa bersama SPRM.

 

Pengarah JAN Perlis memutuskan untuk melantik seorang Pegawai Kanan JAN Perlis sebagai Pegawai Perhubungan dalam membantu pihak SPRM Perlis bagi menyalurkan maklumat isu-isu berkaitan Laporan Audit dan pendedahan ketirisan dana kerajaan semasa menjalankan pengauditan.


Hit : 2009