Berita IBR

Majlis Hi Tea, Seminar Sek 17(A) Dan Lafaz IBR Anjuran Bersama Idemitsu Sdn Bhd Dan SPRM Johor

PASIR GUDANG, 10 Jan - Majlis Hi Tea dan Seminar Seksyen 17(A) bersama kakitangan pengurusan tertinggi Syarikat Idemitsu Sdn. Bhd anjuran bersama SPRM Johor telah berlangsung hari ini.  Syarikat Idemitsu Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat industri pembuatan asas kimia yang menerajui jenama terkenal Jepun berpangkalan di Pasir Gudang, Johor.  

Majlis ini adalah salah satu usaha dan pendekatan yang dilaksanakan oleh SPRM bagi mendekati organisasi swasta bagi menjalin hubungan kerjasama dalam membanteras jenayah rasuah yang memfokuskan badan korporat.  Bagi melestarikan agenda ini, PPj Koo Lik Chi menyampaikan dan memberi penerangan berkenaan Seksyen 17(A).  Justeru memberi pendedahan secara terperinci mengenai kesalahan “Liabiliti Korporat” di bawah Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020.  

 

Bagi menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh SPRM, turut diadakan majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komitmen yang berterusan Syarikat Idemitsu Sdn. Bhd bersama-sama SPRM memerangi jenayah rasuah ini. 

 

Lafaz IBR ini diketuai oleh Puan Nursaadah Ahmad, Ketua HRA & IT Idemitsu Sdn. Bhd dan disaksikan oleh PPj Koo Lik Chi, Ketua Unit Pemeriksaan Dan Perundingan (PMP) SPRM Johor.  Seramai 15 orang kakitangan pengurusan tertinggi Idemitsu Sdn. Bhd turut hadir bagi melafaz IBR.


Hit : 216