Berita Terkini

SPRM Pulau Pinang Sebar Mesej Antirasuah Kepada Persatuan Budddha Malaysia

PULAU PINANG, 21 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mengadakan program bersama Persatuan Buddha Malaysia bagi menyebarluas mesej antirasuah di kalangan penganut Buddha Pulau Pinang hari ini.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik Loo Keat Seang, Setiausaha Persatuan Buddha Malaysia dan diikuti dengan sesi taklimat daripada PPj Chin Chen Huat, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Pulau Pinang berkaitan fungsi dan peranan SPRM dalam menyebarluas mesej berhubung kesalahan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Majlis diakhiri dengan penyerahan poster, risalah dan sedikit sumbangan makanan asasi kepada Persatuan Buddha Malaysia bagi diagihkan kepada masyarakat beragama Buddha dalam Negeri Pulau Pinang yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang masih berterusan melanda negara Malaysia.

Hit : 2987