Berita Menarik

Op Selat

Pada 16 November 2020 Seramai 46 orang termasuk 27 pegawai Imigresen dan 19 orang awam telah ditangkap SPRM di dalam “Ops Selat” kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti rasuah berkaitan dengan penyalahgunaan proses pengesahan cop keluar dan masuk Malaysia. Hasil siasatan mendapati OKT ada menerima wang daripada agen sejak Januari 2007 dengan anggaran pendapatan lebih kurang RM10,000.00 hingga mencecah RM50,000.00 sebulan dengan membenarkan warga asing masuk dan keluar secara sesuka hati. Terdapat juga warga asing yang telah di senarai hitam dibenarkan masuk ke dalam negara Malaysia manakala warga asing yang keluar adalah dari kalangan yang telah melakukan kesalahan tamat tempoh lawatan visa. Operasi menghasilkan pelbagai pertuduhan di mahkamah.

Hit : 3556