e-Perkhidmatan

Permohonan Program/Ceramah/Taklimat

Permohonan Program/Ceramah /Taklimat terbahagi kepada dua iaitu :

  1. Permohonan Program / Ceramah / Taklimat yang dikendalikan khusus oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat
  2. Permohonan Program / Ceramah / Taklimat yang melibatkan beberapa Bahagian di SPRM
Kajian Keberkesanan Program Antirasuah SPRM

Kajian ini adalah untuk mengukur tahap keberkesanan program-program antirasuah yang dianjurkan oleh pihak SPRM terhadap peserta yang hadir program seluruh Malaysia.

Portal Perisytiharan Harta

Portal Perisytiharan Harta adalah platform memaparkan perisytiharan harta Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen kepada umum bagi membuktikan ketelusan dan keterbukaan kerajaan. Antara maklumat yang dipaparkan adalah jumlah pendapatan bulanan dan jumlah aset Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen. Maklumat ini boleh diakses dengan mudah oleh orang awam secara atas talian.

Sistem Tapisan Keutuhan (eSTK)

Sistem Tapisan Keutuhan atau singkatannya eSTK berfungsi untuk menguruskan pelbagai permohonan tapisan keutuhan secara dalam talian (online) bagi membolehkan permohonan tapisan diurus dengan lebih cekap, cepat dan sistematik.

Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)

Sistem CISM sebagai platform untuk mempromosi inisiatif antirasuah dan amalan baik tadbir urus dalam entity Korporat melalui pendaftaran syarikat di bawah program Ikrar Integriti Korporat atau dikenali sebagai Corporate Integrity Pledge (CIP).

Portal Aduan Rasuah

Portal Aduan Rasuah merupakan satu platform bagi orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ianya dibangunkan khusus bagi membolehkan maklumat diurus dengan lebih cekap, teratur dan telus ke arah meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pengurusan maklumat di SPRM. Pemberi maklumat yang dikenalpasti dan boleh dihubungi akan dimaklumkan status maklumat yang mereka kemukakan melalui sistem ini.

Aduan Pentadbir Portal

Aduan Pentadbir Portal merupakan satu platform bagi orang ramai membuat aduan tentang portal rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

e-Penyertaan

Komunikasi yang disediakan kepada masyarakat untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan perkhidmatan SPRM.