Bahagian Operasi Khas

Bahagian Operasi Khas ditubuhkan pada 15 April 2010 dengan misi memerangi rasuah melalui penyiasatan kes-kes yang berprofil tinggi dan berkepentingan awam tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM) dengan penggunaan Pengurusan Siasatan Berkesan (EIM) dan Pengurusan Siasatan Berpasukan (MTI) bagi memastikan keberhasilan siasatan untuk meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap kewibawaan SPRM sebagai agensi terunggul dan relevan pencegahan rasuah.

Bahagian Operasi Khas beroperasi dengan 2 sektor utama iaitu Sektor Operasi Berprofil Tinggi dan Sektor Operasi Berkepentingan Awam di samping di bantu oleh Sektor Pembangunan Sumber dan Maklumat, Sektor Penyelidikan dan Penganalisaan, Sektor Keurusetiaan dan Pengurusan dan Cawangan Rekod dan Analisa Data.

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian :

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pegawai Perhubungan 03-88900027 ppbk
Hit : 17929