活度

KEMENTAH Terima Baik Cadangan Penambahbaikan Dalam Pengurusan Perolehan [ 30 Aug 2023 ]

KementerianPertahanan Malaysia (KEMENTAH) telah menerima baik cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pengurusan perolehan.

Cadangan penambahbaikan itu dibentangkan dalam Sesi Khidmat Nasihat yang dijalankan oleh Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan (BPMP) SPRM di pejabat Bahaigan Perolehan, KEMENTAH pada 24 Ogos 2023 yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Perolehan, KEMENTAH, YBrs. Encik Mohammad Abiddin bin Abd Rahman serta dihadiri Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Unit Pero 1 (Darat), KPSU Unit Pero 2 (Laut) dan KPSU Unit Pero 3 (Udara).

Dalam sesi berkenaan, BPMP telah membentangkan hasil pemeriksaan susulan siasatan ke atas perolehan pembekalan enam (6) buah Kapal Tempur Pesisir Pantai (Littoral CombatShip – LCS) serta mengenalpasti beberapa kelemahan dalam proses pengurusan perolehan LCS.

Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan berkenaan, SPRM telah memberikan cadangan penambahbaikan kepada KEMENTAH antaranya adalah progress payment plan hendaklah dibuat berasingan mengikut kapal berdasarkan kemajuan kerja sebenar (pemasangan dan pengujian), mengasingkan perolehan bagi detailed design dan pembinaan kapal untuk mengelakkan risiko kegagalan pembinaan, pemilik projek mendapatkan laporan perbelanjaan bayaran pendahuluan yang telah dibayar kepada kontraktor / pembekal bagi tujuan pemantauan, penilaian risiko yang komprehensif berdasarkan kajian kebolehlaksanaan (feasibilitystudy) sesuatu projek berskala besar / berisiko tinggi dan mewujudkan pelan mitigasi serta menyatakan tempoh kontrak yang jelas dan muktamad dalam perjanjian / dokumen kontrak.

Cadangan penambahbaikan itu hendaklah diwujudkan oleh KEMENTAH sebagai arahan dalaman atau menambahbaik arahan sedia ada untuk rujukan dalam mengurus perolehan pada masa akan datang.

Dalam sesi itu juga, Pengarah BPMP SPRM, YBhg. Datuk Izani bin Wan Ishak bersama-sama SUB Bahagian Perolehan yang mewakili KEMENTAH, YBrs. Encik Mohammad Abiddin bin Abd Rahman menandatangani Laporan Khidmat Nasihat yang dibentangkan.

 


联系我们

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

版权所有 © 2020 年马来西亚反贪污委员会 免责声明 |  安全措施 |  版权通知 |  隐私政策 |