SESI PERBINCANGAN BERSAMA INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA [ 14 Apr 2022 ]

30 MAC 2022, Rabu, 3.00 petang - Berlangsung sesi perbincangan diantara Pegawai Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan (Cawangan I-Corp) dan pegawai Institut Integriti Malaysia berkaitan  CISM terutama berkaitan modul latihan dan juga proses pelaksanaan CISM. Perbincangan turut menyentuh mengenai pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang dijalankan oleh IIM dan  SPRM.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh PPj Sarimah Sulaiman, Ketua Cawangan I-Corp dan dihadiri oleh PPj Mohd Hasraff bin Hashim selaku Ketua Jawatankuasa OACP serta 3 orang pegawai Cawangan I-Corp,Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan . Manakala IIM diwakili oleh 4 orang pegawai yang diketuai oleh Encik Harisham Ibrahim, Ketua Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Produk.


联系我们

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

版权所有 © 2020 年马来西亚反贪污委员会 免责声明 |  安全措施 |  版权通知 |  隐私政策 |