Taklimat Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Seksyen 17A Akta SPRM (Pindaan 2018) telah diadakan pada 8 Julai 2021 secara dalam talian. Seramai 60 peserta dari pelbagai jabatan, badan berkanun dan syarikat telah menghadiri Taklimat ini.