Galeri Maklum Balas e-Penyertaan

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklum balas/ cadangan/ pertanyaan berkenaan perkhidmatan kami.

Senarai yang dipaparkan ini adalah maklum balas/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

Showing 1-4 of 16 items.
#TARIKHEMELPERKARA [ Maklum Balas/Pertanyaan/Aduan/Cadangan]MAKLUM BALAS AGENSI
112-05-2023Mervynrfg0077@gmail.comBoleh ke ahli atau pun seseorang bukan ahli penjawat awam menggunakan logo SPRM atau menggunakan key-chain SPRM dan lekatkan di bahagian cermin kereta depan?

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan.

Untuk makluman tuan/puan, SPRM memang ada mengeluarkan bahan kempen dalam pelbagai bentuk yang tertera logo Suruhanjaya ini bagi tujuan promosi antirasuah kepada masyarakat. Ia turut memaparkan talian melapor rasuah dan mesej antirasuah. Selepas diedarkan kepada orang awam melalui kempen dan program, terpulang kepada penerima bahan kempen termasuk orang awam untuk memanfaatkannya mengikut kreativiti.

Namun, SPRM memandang serius terhadap pihak-pihak tertentu yang menggunakan bahan kempen berkenaan bagi tujuan yang salah. Jika ada individu menggunakannya sebagai pengenalan dengan mendakwa bahawa dirinya adalah pegawai dari Suruhanjaya ini tanpa menunjukkan bukti pengenalan diri yang lain, ia boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang kerana menyamar sebagai penjawat awam.


214-04-2023md.johan97@gmail.comBagaimana saya boleh berkhidmat dalam jabatan SPRM Sabah dan bagaimana ingin membuat permohonan, terima kasih

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan kepada pihak kami.Untuk makluman pihak Tuan/Puan, sebarang urusan jawatan kosong SPRM, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di talian 03-8091 9000 atau merujuk laman sesawang SPA iaitu http://www.spa.gov.my.


321-02-2023farraheizlia@gmail.comDENGAN SEGALA HORMAT TUAN/PUAN, PERMOHONAN KEMASUKAN INTERNSHIP DI PEJABAT SPRM SABAH , ARAS 3 , BLOK A , KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH , JALAN UMS , PETI SURAT 6000 , 88400 KOTA KINABALU , SABAH. SELAMA 3 BULAN BERMULA PADA (4 APRIL 2023 - 26 JUNE 2023)

Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih atas minat tuan/puan untuk menjalani latihan praktikal di Suruhanjaya ini.

Untuk makluman tuan/puan, keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mengambil jurusan yang bersesuaian dengan fungsi dan peranan Suruhanjaya ini.

Oleh yang demikian, tuan/puan boleh mengemukakan resume, transkrip akademik dan surat permohonan dari institut pengajian tinggi ke cmi.bkp@sprm.gov.my untuk pertimbangan pihak kami.


412-04-2022fathin_ktc@yahoo.commerujuk pekara subjek macam mana untuk membuat permohonan untuk berkerja dengan sprm.saya pemegang ijazah

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan kepada pihak kami.

 

Untuk makluman pihak Tuan/Puan, sebarang urusan jawatan kosong SPRM, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di talian 03-8091 9000 atau merujuk laman sesawang SPA iaitu http://www.spa.gov.my.