Kenyataan Media

SPRM Ucap Takziah Atas Pemergian Allahyarham Datuk Seri Ahmad Said

SELURUH warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Allahyarham Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, 67, yang kembali ke rahmatullah pada pukul 11.10 malam tadi di rumah anaknya di Rawang akibat sakit jantung. 

Allahyarham telah menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula pada 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009. 

Seluruh warga SPRM mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN.

Al-Fatihah.

LATHEEFA KOYA
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

23 SEPTEMBER 2019
 

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |