BAHAGIAN Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes Op Samba 2.0 melibatkan sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.
Lelaki tersebut, Mohammad Zyed bin Ibrahim, 38, mempunyai alamat terakhir di Blok A-17-29
Mesahill Apartment Persiaran Ilmu BBN, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat PKPs Mohammad Riduwan bin Mohammad Radzi di talian 016-4603096 atau email kepada mriduwan@sprm.gov.my.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
18 MAC 2024