SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan dua pegawai suruhanjaya ini yang dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky.
SPRM telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.
Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat.
DATUK SERI AZAM BAKI
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
27 APRIL 2021