Berita Terkini

Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) UKM-SPRM Sesi 2020/2021

Pemberitahuan,

Universiti Kebangsaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia secara bersama menawarkan Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) Pengambilan Sesi 2020/2021

Permohonan adalah dipelawa dari calon-calon yang berkelayakan dari pelbagai latarbelakang akademik. Program sepenuh masa selama 18 bulan ini akan bermula pada September 2020.

Borang permohonan boleh diisi secara online melalui laman web http://guest.ukm.my

Brosur Program: Sila muat turun di sini

Borang yang telah diisi secara online dan manual hendaklah dicetak dan salinan borang dihantar kepada-:

Pengarah,
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA),
Pesiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
Malaysia

Tarikh tutup permohonan ialah 06 Jun 2020.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi:.

Wakil UKM

En. Mohamad Khalip bin Othman/ Pn. Huda Hela Ladin (UKM) di talian : +603-8921 3604 /+6012-8038725
Faks: +603-89214240
Laman Web: www.ukm.edu.my
E-mel: khalip@ukm.edu.my dan hudahela@ukm.edu.my

Wakil MACA

P/PKPj Mohd Saud Ayutollah b. Abdul Manan ditalian 019-600 0342 , PsK Firdaus Bin Umar @ Adli ditalian 019-983 9838 atau PKPs Razmy bin Zulkifli di talian 019-277 8280.

Laman Web: www.maca.sprm.gov.my
E-mel: kprp@sprm.gov.my