Berita Terkini

Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Komited Memerangi Rasuah

IPOH, 7 Februari - Mengambil maklum berkaitan isu rasuah yang berlaku di persekitran Politeknik dan Kolej Komuniti, Bahagian Governan dan Kecemerlangan (BGK) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) komited menganjurkan Sesi Bual Bicara Antirasuah bertajuk 'Jangan Ada Dusta' di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini.

Sesi ini menampilkan Pengarah BGK JPPKK, Ts. Abdul Razak Sabtu dan Ketua Cawangan Kerajaan PenMas SPRM, PKPj Samsul Salip sebagai ahli panel yang mengupas kes-kes rasuah yang berlaku di JPPKK dengan menekankan isu rasuah dalam perolehan termasuk tuntutan palsu dan salah guna kuasa yang kerap dilaporkan. Juga peranan yang boleh dimainkan oleh JPPKK dalam menyediakan pelajarnya tidak berkompromi dengan rasuah sebelum tamat pengajian.

 Ts. Abdul Razak turut memimpin lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Perak, PKPj Jaafar Tajudin dan Ketua Pengarah JPPKK, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail.

Program dihadiri 300 peserta terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah daripada 36 Politeknik dan 105 Kolej Komuniti seluruh negara.

Hit : 1870