Berita Pendidikan

Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Pahang Zahirkan Semangat Perangi Rasuah Melalui Lafaz IBR

KUANTAN, 5 Julai - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang dengan kerjasama SPRM Pahang telah melaksanakan Program Pengukuhan Antirasuah dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang, Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

 

Lafaz ikrar diketuai oleh YB. Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan disaksikan oleh KPKPj Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Pahang. Seramai 80 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Kewangan dan Perbendeharaan Pahang turut hadir bagi melafaz IBR.

 

Semoga dengan adanya program ini dapat memupuk dan memfokus kepada kepimpinan organisasi yang bebas daripada amalan rasuah dan budaya berintegriti yang perlu dititikberatkan dalam prinsip kepimpinan melalui teladan.


Hit : 1842