Berita Pendidikan

Program WAR Ceriakan Kanak-kanak Taska Permata Warisan De Qaseh

PUTRAJAYA, 18 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil inisiatif mendekati kanak-kanak prasekolah dengan mengadakan Program Wira Anti Rasuah (WAR) secara bersemuka di Taska Permata Warisan De Qaseh, Ibu Pejabat SPRM pada pagi ini.

Program ini memberi penekanan yang lebih terhadap kepentingan nilai murni insan dalam silibus pendidikan prasekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Cantum Gambar (Jigsaw Puzzle) dan Pertandingan Mewarna.

Program WAR ini juga bertepatan dengan fungsi pegawai suruhanjaya ini iaitu mendidik orang ramai untuk menentang rasuah serta mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.


Hit : 367