Berita Terkini

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Melaka Kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

MELAKA, 22 Apr – PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Negeri Melaka mengadakan lawatan kunjungan hormat kepada Datuk Seri Dr. Hasim bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bertempat di Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Antara perkara yang dibincangkan adalah perancangan program di peringkat Negeri Melaka yang mana kerjasama dua pihak dalam memartabatkan  ‘Melaka Tolak Rasuah’ yang telah diperkenalkan oleh SPRM Melaka sejak tahun 2018.  


Hit : 3192