Program Training of Trainer (TOT) Bagi Pembangunan Modul Pencegahan Rasuah Dan e-Games
TANJUNG MALIM, 19 Mac – SPRM Perak dengan kerjasama Anti-Corruption Student Force ALUMNI (ACF), NGO Belia Negeri Perak telah mengadakan Program Training of Trainers (TOT) bagi projek pembangunan modul dan Integrity e-Games dalam usaha untuk mendidik dan memberikan pendedahan tentang mesej anti rasuah dan integriti.
Program yang diadakan selama tiga hari ini dihadiri seramai 50 orang peserta ini didedahkan dengan pelbagai aktiviti terdiri daripada forum ‘Sound of the Ages’, ‘A moment with ACF’, ‘Integrity Obstacles Challenge’, ‘e-games slot’,’Adventure-based Counselling’ dan ‘Appreciation Night AMAR IPT Perak’.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Prof Dato’ Dr Md. Amin Md. Taff, Timbalan Naib Canselor (HEPA); PKPj Jaafar Tajudin, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak, serta pegawai-pegawai dari Unit PENMAS SPRM Perak.