Berita Menarik

Beri rasuah RM150, lelaki Bangladesh dipenjara dua bulan

Lelaki Bangladesh dihukum penjara dua bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas tuduhan merasuah polis, 21 Februari lalu.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh dikenali Jahir, 49, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh dituduh memberi rasuah sebanyak RM150 kepada pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan melalui rakannya, Mia Saddam sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap mereka, yang tidak memakai pelitup muka dengan betul di tempat awam, manakala rakannya tidak mempunyai pasport.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Jalan Baru, Perai antara jam 7.50 petang hingga 8.15 malam, 21 Februari lalu.

Jahir didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak lebih lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azlan Basri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/682874/kerana-rasuah-rm150-lelaki-bangladesh-dipenjara-dua-bulan


Hit : 1492