Berita Terkini

Kombinasi SPRM Dan KPT Pelengkap Usaha Pencegahan Rasuah

PUTRAJAYA, MAC - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd. Jamil telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff di Dewan Ibnu Sina, KPT di sini.

Kunjungan hormat tersebut merupakan sesi libat urus bagi pembentangan status penarafan semula risiko agensi dan cadangan penstrukturan semula Unit Integriti KPT oleh Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.
Selain itu, pertemuan ini juga merupakan platform untuk berbincang mengenai peluang kerjasama bagi menyebar luas amalan baik dalam setiap organisasi masing-masing.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dr. Mohd Zabri Yusoff, KPT; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Rosli Yaakub serta Pengarah BPIA SPRM, KPKPj Nurahim Abd. Rahim.

Hit : 1898