Berita Pendidikan

Jabatan Alam Sekitar Komited Jalin Kerjasama Strategik Bersama SPRM

PUTRAJAYA, 23 Feb - KPKPj Mohamad Tarmize Abd Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM mengadakan kunjungan hormat kepada Puan Norlin Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar hari ini.

Program ‘Teras’ berprinsipkan “ENFORCEMENT BASED EDUCATION” menjadi asas kepada kerjasama strategik Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan SPRM. Kerjasama ini meliputi program, kempen dan perkongsian amalan integriti kepada warga JAS, NGO dan masyarakat agar dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang pelaksanaan tugas berteraskan kepada Integriti.


Hit : 2229