Berita Pendidikan

Lawatan Integriti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ke SPRM Putrajaya

PUTRAJAYA, 12 Nov- Seramai 40 orang pegawai dari pelbagai bahagian di MPSJ telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Rombongan yang diketuai oleh Puan Hafiza Shaari daripada Bahagian Integriti MPSJ telah dibawa melawat ke Konti MACC.FM, Padang Kawad di aras 7 sebelum ke Sky Bridge di aras 13 Blok B.

Rombongan juga telah didedahkan dengan ceramah bertajuk "Usaha Mencegah Rasuah oleh SPRM" yang telah disampaikan oleh PsK Shuhaiza Mokhtar.

Hit : 2896