Berita Terkini

Pengarah SPRM Kelantan Tingkatkan Kefahaman Integriti Dalam Islam Dengan Mengadakan Kunjungan Hormat Ke Pejabat Mufti Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 30 Jun – PKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM  Negeri Kelantan mengadakan kunjungan hormat kepada Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, YBhg. Dato’ Haji Muhamad Shukri Muhamad di pejabat Mufti, Kompleks Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan hari ini.  

Kunjungan ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan baik dua hala yang sedia terjalin antara SPRM Kelantan dan Pejabat Mufti terutamanya dalam usahasama melaksanakan tugas berkaitan aktiviti pencegahan rasuah di seluruh negeri ini khususnya perkara yang berkait rapat dengan hal keagamaan dan kefahaman dalam islam.

Antara isu yang dibincangkan adalah usaha untuk membanteras kegiatan jenayah rasuah dengan mengadakan forum. Program tersebut dapat mengupas dan merungkai mengenai kesalahan-kesalahan dalam sudut perspektif islam.

Hit : 3184