Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Sabah Ke Atas Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia

KOTA KINABALU, 26 Ogos – TPj Karunanithy a/l Y.Subbiah, Pengarah SPRM Sabah telah membuat kunjungan hormat kepada Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia bertempat di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu Sabah pada pagi ini.

Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan mengeratkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan silaturrahim antara SPRM Sabah dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negeri Sabah serta perbincangan aktiviti-aktiviti pencegahan dalam memperkasakan pengukuhan integriti.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PPj Datu Robbyie Shym Datu Pindatun, PsK Bartholomew Dangang AK David dan PPs Azmi Yahya Yaakub dari SPRM Sabah.

Hit : 4055