Berita Pendidikan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Sambut Mesra Kunjungan Hormat Pengerusi Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 13 Okt - TKPj Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Mohamad Haji Abdullah, Pengerusi Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan (PUWP) bertempat di Pejabat Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) pada hari ini.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara antaranya kerjasama yang boleh diadakan antara PUWP dan SPRM untuk berkolaborasi dan memasukkan elemen pencegahan dalam program PUWP dan juga program-program di masjid dan surau khususnya di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Dato’ Sri Shamshun juga menyambut baik kerjasama untuk berkolaborasi dalam melaksanakan program yang dicadangkan dan akan diselaraskan oleh PenMas.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah TPj Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat dan PsK Nik Mohd Sukiman Nik Yusof.

Hit : 4001