Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Kelantan Sambut Mesra Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 8 Nov - PKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Tuan Hj Khalim Abu Samah, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan di Kompleks SPRM Kelantan, Kota Bharu hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua agensi.

Isu-isu semasa serta usaha untuk mengurangkan ketirisan dan salah laku rasuah terutamanya isu perlesenan, pembalakan dan isu-isu lain berkaitan Jabatan Perhutanan turut dibincangkan dalam pertemuan ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Othman Deris, Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan; Mohd Shukri Aziz, Penolong Pengarah Kanan (Operasi dan Penguatkuasaan), PKPj Hairul Ilham Hamzah, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan serta pegawai-pegawai SPRM Kelantan.

Hit : 6864