Berita Pendidikan

AADK Negeri Sembilan Jalin Kerjasama Erat Bersama SPRM Negeri Sembilan Melalui Kunjungan Hormat

NEGERI SEMBILAN, 23 Nov - KPKPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Negeri Sembilan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Encik Iskandar Turkee, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan hari ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi mendapatkan kerjasama yang baik di antara SPRM Negeri Sembilan dan AADK Negeri Sembilan samada dari aspek operasi dan pencegahan rasuah dalam memartabatkan integriti warga AADK Negeri Sembilan. Isu tuntutan palsu dalam kalangan warga AADK perlu diberi perhatian walaupun terdapat banyak maklumat berkaitan kesalahan seksyen 17(b) ASPRM 2009 melibatkan orang awam yang diperolehi hasil daripada kerjasama pihak AADK.

Sebagai tanda mengeratkan lagi hubungan baik diantara AADK Negeri Sembilan dan SPRM Negeri Sembilan telah bertukar-tukar cenderahati dan bahan kempen sebagai tanda kenang-kenangan.

Hit : 2898