SPRM SYOR KHIDMAT NASIHAT KEPADA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR [ 07 Mar 2024 ]

SPRM telah memberikan syor khidmat nasihat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan dipersetujui untuk melaksanakan lima cadangan penambahbaikan berhubung Proses Pengurusan Program Subsidi Ayam dan Telur oleh JPV.
Subsidi ayam dan subsidi telur merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu penternak industri ayam dan telur yang terkesan dengan kenaikan kos pengeluaran. Antara cadangan tersebut adalah melaksanakan pemeriksaan fizikal di ladang-ladang ternakan, mengemaskini Garis Panduan Permohonan Subsidi Ayam dan Telur, mewujudkan polisi ‘Conflict of Interest’ serta mewajibkan ahli Jawatankuasa Kelulusan Pemberian Subsidi untuk menandatangani pengisytiharan ‘Conflict of Interest’.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah JPV, Dr. Suratan Kamaruddin dan Timbalan Pengarah 1, Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, KPKPj Maznah Che Muda.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |