Kenyataan Media

Kenyataan Media SPRM Selangor

KAMI merujuk kepada laporan media berkenaan isu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing dalam satu sidang media baru-baru ini.

Kami telah pun membalas kepada beliau secara bertulis seawal 4 Disember 2019 dan 20 Januari 2020 dan menjawab kepada persoalan-persoalan beliau berkenaan status kes tersebut dan telah memaklumkan kepada beliau bahawa siasatan masih sedang dijalankan. Persoalan-persoalan beliau tidak dibiarkan tidak berjawab.

Aduan pertama telah diterima pada 5 Ogos 2019 dan sedang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Aduan tersebut adalah berkenaan dakwaan bahawa terdapat konflik berkepentingan dalam penganugerahan sub kontrak.

Saya boleh mengesahkan bahawa siasatan tersebut masih sedang dijalankan dan masih lagi diteruskan mengikut prosedur-prosedur siasatan.Tidak terdapat apa-apa penangguhan dari pihak SPRM berkenaan kes ini.

Kami tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat spesifik kerana ia akan memprejudiskan siasatan yang sedang dijalankan. Setelah siasatan diselesaikan kami akan menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan.

DATO’ ALIAS SALIM
PENGARAH
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SELANGOR)
SHAH ALAM 6 FEBRUARI 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |