Kenyataan Media

KSN Rasmi Kompleks Baharu SPRM Terengganu

KETUA Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali merasmikan Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu yang baharu, serentak dengan Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-53, hari ini.

Kompleks bernilai RM38 juta ini mula didirikan pada penghujung Oktober 2016 dan diserahkan secara rasmi pada 15 Julai 2019.

Bangunan bercirikan senibina Terengganu tersebut terletak di Bandar Baru Bukit Besar, Kuala Terengganu yang merupakan kawasan pembangunan pentadbiran berpusat negeri.

Kompleks SPRM Terengganu ini didirikan atas tanah berkeluasan 3.41 hektar dan mampu menempatkan kira-kira 120 pegawai dan kakitangan SPRM.

Kompleks yang mempunyai tiga blok ini dilengkapi dengan kemudahan bilik rakaman percakapan saksi, bilik Video Interviewing Room (VIR), lokap, Bilik Gerakan Operasi Siasatan (BGOS), Dewan Seminar, Gudang Sita, Bilik Kawad Cam dan surau. Selain itu, kompleks ini turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd. Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Dato' Junipah Wandi, Pengarah SPRM Terengganu, KPKPj Ruslan Che Amad serta pegawai-pegawai kanan SPRM.

Sehubungan itu, seluruh warga suruhanjaya ini menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran dan terima kasih atas kesudian Tan Sri Mohd Zuki hadir menyempurnakan majlis perasmian yang penuh bermakna ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

1 OKTOBER 2020

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |