Kenyataan Media

SPRM Nafi Dakwaan Ahli Parlimen Simpang Renggam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya pegawai Suruhanjaya ini melakukan intimidasi sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam.


SPRM telah menerima dua aduan terhadap Ahli Parlimen berkenaan dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.


SPRM ingin menegaskan bahawa proses siasatan perlu dijalankan setelah terdapat aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang- undang.


Setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menemu bual beberapa saksi yang terlibat. SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan dari mana- mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat.


Siasatan yang dijalankan akan berteraskan prinsip ketelusan, keadilan dan profesionalisme serta berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan.


Justeru itu, SPRM berharap agar pihak yang terlibat memberikan kerjasama penuh dan berhenti mensensasikan proses siasatan ini.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

30 JANUARI 2022


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |