Berita Menarik

Guan Eng didakwa 2 tuduhan lupus tanah kerajaan negeri

Lim Guan Eng, Bekas Menteri Kewangan dan juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Hit : 2116